Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita tentang AIR.
Minum air yang secukupnya setiap hari amat penting untuk mengekalkan tahap hidrasi badan. Ada orang juga minum air untuk cantik. Tapi, minum air jangan sebarangan ye. Untuk kesihatan, kena laa minum air putih sekurangnya 2 liter sehari (utk orang dewasa yang 50kg).
Selain tu, ada waktu-waktu terbaik untuk minum segelas air. Jom kita baca!
1. Pagi selepas bangun dari tidur
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein.
2. 30 minit sebelum waktu makan
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
3. Sebelum mandi
Dapat membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
4. Sebelum tidur
Dapat mengelakkan risiko serangan strok dan serangan jantung.
Sekarang dah tau kan waktu2 untuk minum air? Jom sama-sama kita amalkan okay! :)
Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.
Nissa
Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834
SMS/Whatsapp 0162037225
FB page: Healthbeautyshoppe
Instagram: nissa_vitaminshop
Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834
SMS/Whatsapp 0162037225
FB page: Healthbeautyshoppe
Instagram: nissa_vitaminshop
Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)
No comments:
Post a Comment