19 Apr 2014

PETUA DAN TIPS KULIT CANTIK



Semua orang pasti inginkan kulit yang sihat dan cantik. Tahukah anda tips untuk mengekalkan kesihatan kulit? Hari ini, saya nak share sedikit info tentang tips menjaga kesihatan kulit.


1.  Membersihkan kulit 
  • Mandi sekurangnya sekali sehari atau lebih kerap jika kuat berpeluh 
  • Guna air sejuk. Elakkan air panas atau suam kerana menyebabkan kulit kering
  • Cuci muka 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Kerap mencuci muka dengan sabun menyebabkan kulit lebih kering dan merangsang pengeluaran minyak berlebihan 
  • Pilih sabun yang bersesuaian dengan kulit terutama bagi individu dengan kulit sensitive 
  • Bersihkan kulit secara konsisten setiap hari 
  • Jangan lupa untuk mencuci mekap sebelum tidur  
2. Gunakan scrub secara teratur sekurangnya 2 kali seminggu.
  • Pori tersumbat akan menyebabkan kulit kusam, tidak ­dapat bernafas ­dengan baik dan mengurangkan kemampuan kulit untuk menyerap vitamin
  • Scrub secara teratur untuk membuang kotoran dan sel kulit mati ­dengan sempurna supaya kulit dapat menyerap ­vitamin dengan efisien dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru lebih cepat

3. Gunakan kosmetik yang bersesuaian

  • Pilih kosmetik bersesuaian yang dapat membantu untuk merawat kulit
  • Gunakan pelembap selepas mandi bagi kulit kering
  • Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
  • Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
  • Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan terutamanya yang berasaskan minyak

4. Amalkan pemakanan yang sihat

  • Kurangkan makanan berlemak dan berminyak
  • Banyakkan makan buahan dan sayuran
  • Amalkan pemakanan seimbang mengandungi protein, vitamin dan mineral
  • Kenal pasti makanan yang menyebabkan timbulnya jerawat atau masalah kulit yang lain kerana setiap individu adalah berbeza
  • Amalkan supplemen yang betul contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang terkenal sebagai anti oksida dan juga sebagai vitamin untuk kulit cantik

5.  Minum air putih sekurangnya 8 gelas sehari

  • Untuk menambah kelembapan kulit
  • Penting untuk mengekalkan hidrasi badan

 6. Senaman yang teratur

  • Melakukan senaman ringkas setiap hari bagi melancarkan pengaliran darah
  • Supaya perjalanan darah ke seluruh organ termasuklah kulit menjadi lancer untuk kesihatan kulit
 
    7. Rehat yang cukup

  • Amat penting supaya system tubuh badan berjalan dengan baik
  • Rehat yang kurang akan menyebabkan stress, badan lesu dan menyebabkan masalah jerawat dan lingkaran gelap bawah mata
  • Apabila badan bertenaga, secara tidak langsung anda akan tampil lebih ceria dan sihat

         8. Lindungi kulit daripada Matahari

  • Risiko untuk mendapat kanser kulit, penuaan pramatang dan juga kedutan
  • Jika mungkin, elakkan aktiviti di dalam panas terik
  • Sapu krim yang mengandungi SPF (ikut kesesuaian) jika anda sering terdedah kepada panas terik. *Kadar SPF yang tinggi mengandungi minyak lebih tinggi yang akan menyumbat pori kulit dan menghalangnya untuk bernafas. Perlu berhati-hati memilih pelindung sinar matahari kerana kadar SPF yang ting­gi ­kemungkinan tidak sesuai untuk jenis kulit anda*
  • Pakai topi atau payung

        9. Berhenti merokok

  • Rokok mengandungi banyak bahan kimia yang merbahaya bukan setakat pada kulit malah tubuh anda
  • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan menyebabkan kanser

   10. Jangan sentuh muka anda

  • Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh

   11. Jangan picit jerawat anda! 

  • Ia akan membuat jerawat bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut



Sudah ikut tips di atas? Jom amalkan supplemen untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

Vitamin C RRM92.50 (180tablet)
Vitamin E RM149.00 (120tablet)
B Complex RM53.75 (120tablet)


Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.


Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225

Wechat nissa7


Instagram: nissa_vitaminshop


Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)

No comments:

Post a Comment