Showing posts with label tips kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label tips kulit cantik. Show all posts

22 Aug 2014

HARI YANG SIHAT DENGAN GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE

Assalamualaikum..

Macam yg dijanjikan, harini gagah jugak nak tulis entry padahal sampai rumah tadi pkul 10malam dah.. Bukan apa, sekali jumpa kawan2 setaman ni kan (walaupon duduk setaman jumpe sebulan 2-3 kali jek).. Kena la bersosial sket nanti cakap kera sumbang pulak.

Okay merapu pulak.. Sampai je rumah tadi terus snap2 gambar (tak berapa nak cantik sebab gelojoh hahaha) pastu bukak kotak Get Clean Water Pitcher ni dan baca arahan.. oh tersangat laa senang nak pasang benda ni even budak skolah rendah pun tau nak pasang. (encik-suami-saya tak tau sy pegi beli ni tadi so bila dia tgk dia cakap 'oooooh ade org beli penapis air laaa'.... Amboiiiii.....)

Beli starter kit ni akan dapat 1 pitcher, 1 housing kit (termasuk 1 filter) dan 1 set refillable filter (ade 3) so korang dapat total 4 filter! 1 filter lebih kurang 3 bulan boleh pakai so korang boleh pakai untuk setahun tau! Tahun depan baru beli filter lagi. Ya Allah murah betul rasa. Dulu mak saya beli set penapis air sampai beribu-ribu aihhh.

Kenapa saya pilih Get Clean Water Pitcher ni?
1- Harga yg reasonable bagi saya.. Sehari x sampai RM1.50 utk dptkan air yg bersih ditapis
2- Saiz yg kecik dan boleh bawa berjalan so kita boleh dapat air bersih sentiasa
3- Boleh bawak balik kampung and dapat share kebaikan Get Clean Water Pitcher dgn semua sedara-mara
4- Senang sgt nak pasang tak perlukan bantuan org pon
5- Tak payah nak tukar kepala paip bagai tu macam penapis air lain
6- Boleh tau berapa liter kita dah tapis dan bila nak tukar penapis kita tu secara automatik tanpa perlu bateri atau tenaga elektrik so nanti kita tak la terlajak guna penapis tu kan
7- Tak perlu cuci penapis cuma perlu tukar bila dah smpai masa dan harga penapis mmg sgt mampu milik
8- Kualiti mmg the best dan setanding dgn penapis beribu-ribu tu. Kalau nak tau kene cuba sendiri.


Demo sikit cara-cara pasang..

dalam kotak ade instruction guide ni so dun worry okey

3 kotak ni korg akan dapat dgn pembelian starter kit

ade 1 pitcher, housing kit dgn penapis dan sekotak lg ade 3 penapis utk tukar nanti

penunjuk ni kene tunjuk kat SET

ni tanda korg kene tuka filter dalam tu

bukak penutup kecik ni je utk isi air nanti

bahagian dalam pitcher

letak filter kt tengah2 tu then pusing smpai bnyi klik

ni laa rupe dah siap pasang

lepas tu bubuh kt lubang tu cmni ok! jgn terbalik plak sia2 je

dah ready utk digunakan!

Amacam? Senang kan.... 5 minit dh siap pasang dah.. Tapi jgn lupa basuh dan lap bg kering dulu tau!

Jom kita kenal lebih lanjut pasal Get Clean Water Pitcher ni..

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM:
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


*copy paste dari website Shaklee




So anda bagaimana? Memang tak rugi kalau beli.. Tak sabar nak balik kampung nak bawak tunjuk kat sedara mara hihihih


Kalau nak Get Clean Water Pitcher jom dapatkan dari saya ye :))


Ingat Get Clean Water Pitcher, ingat Nissa! hihihih



Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.

Nissa

Shaklee Independent Distributor

ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225


Instagram: nissa_vitaminshop

Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)

19 Apr 2014

PETUA DAN TIPS KULIT CANTIK



Semua orang pasti inginkan kulit yang sihat dan cantik. Tahukah anda tips untuk mengekalkan kesihatan kulit? Hari ini, saya nak share sedikit info tentang tips menjaga kesihatan kulit.


1.  Membersihkan kulit 
  • Mandi sekurangnya sekali sehari atau lebih kerap jika kuat berpeluh 
  • Guna air sejuk. Elakkan air panas atau suam kerana menyebabkan kulit kering
  • Cuci muka 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Kerap mencuci muka dengan sabun menyebabkan kulit lebih kering dan merangsang pengeluaran minyak berlebihan 
  • Pilih sabun yang bersesuaian dengan kulit terutama bagi individu dengan kulit sensitive 
  • Bersihkan kulit secara konsisten setiap hari 
  • Jangan lupa untuk mencuci mekap sebelum tidur  
2. Gunakan scrub secara teratur sekurangnya 2 kali seminggu.
  • Pori tersumbat akan menyebabkan kulit kusam, tidak ­dapat bernafas ­dengan baik dan mengurangkan kemampuan kulit untuk menyerap vitamin
  • Scrub secara teratur untuk membuang kotoran dan sel kulit mati ­dengan sempurna supaya kulit dapat menyerap ­vitamin dengan efisien dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru lebih cepat

3. Gunakan kosmetik yang bersesuaian

  • Pilih kosmetik bersesuaian yang dapat membantu untuk merawat kulit
  • Gunakan pelembap selepas mandi bagi kulit kering
  • Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
  • Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
  • Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan terutamanya yang berasaskan minyak

4. Amalkan pemakanan yang sihat

  • Kurangkan makanan berlemak dan berminyak
  • Banyakkan makan buahan dan sayuran
  • Amalkan pemakanan seimbang mengandungi protein, vitamin dan mineral
  • Kenal pasti makanan yang menyebabkan timbulnya jerawat atau masalah kulit yang lain kerana setiap individu adalah berbeza
  • Amalkan supplemen yang betul contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang terkenal sebagai anti oksida dan juga sebagai vitamin untuk kulit cantik

5.  Minum air putih sekurangnya 8 gelas sehari

  • Untuk menambah kelembapan kulit
  • Penting untuk mengekalkan hidrasi badan

 6. Senaman yang teratur

  • Melakukan senaman ringkas setiap hari bagi melancarkan pengaliran darah
  • Supaya perjalanan darah ke seluruh organ termasuklah kulit menjadi lancer untuk kesihatan kulit
 
    7. Rehat yang cukup

  • Amat penting supaya system tubuh badan berjalan dengan baik
  • Rehat yang kurang akan menyebabkan stress, badan lesu dan menyebabkan masalah jerawat dan lingkaran gelap bawah mata
  • Apabila badan bertenaga, secara tidak langsung anda akan tampil lebih ceria dan sihat

         8. Lindungi kulit daripada Matahari

  • Risiko untuk mendapat kanser kulit, penuaan pramatang dan juga kedutan
  • Jika mungkin, elakkan aktiviti di dalam panas terik
  • Sapu krim yang mengandungi SPF (ikut kesesuaian) jika anda sering terdedah kepada panas terik. *Kadar SPF yang tinggi mengandungi minyak lebih tinggi yang akan menyumbat pori kulit dan menghalangnya untuk bernafas. Perlu berhati-hati memilih pelindung sinar matahari kerana kadar SPF yang ting­gi ­kemungkinan tidak sesuai untuk jenis kulit anda*
  • Pakai topi atau payung

        9. Berhenti merokok

  • Rokok mengandungi banyak bahan kimia yang merbahaya bukan setakat pada kulit malah tubuh anda
  • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan menyebabkan kanser

   10. Jangan sentuh muka anda

  • Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh

   11. Jangan picit jerawat anda! 

  • Ia akan membuat jerawat bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut



Sudah ikut tips di atas? Jom amalkan supplemen untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

Vitamin C RRM92.50 (180tablet)
Vitamin E RM149.00 (120tablet)
B Complex RM53.75 (120tablet)


Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.


Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225

Wechat nissa7


Instagram: nissa_vitaminshop


Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)