Showing posts with label shaklee effect. Show all posts
Showing posts with label shaklee effect. Show all posts

17 Sept 2014

KELEBIHAN MEAL SHAKES ~ FASTFOOD UNTUK ANAK ANDA

Assalamualaikum...

Harini nak cerita tentang fastfood untuk anak-anak. Bukan semua fastfood tu buruk dan x bagus untuk anak anda tau... Tapi ada yg baik untuk anak anda. Nak tau apa??

MEAL SHAKES!!!

Yessss betul tu.. Meal shakes ni saya kata dia fastfood sebab memang dia fastfood pon. Sangat cepat disediakan.. Tak sampai seminit pun dah siap boleh diminum. Haaaaa.... Selain tu, protein dalam Meal shakes ni jugak cepat diserap. 


KANDUNGAN MEAL SHAKES


Selain lengkap dengan protein, ia juga mengandungi vitamin, mineral tambahan dan asid amino yang seimbang untuk tubuh badan. 

SIAPA YANG PERLU MEAL SHAKES?

1. Anak-anak
  • kurang selera makan
  • sering sembelit
  • menghidap asthma
  • masalah ekzema
  • kurang berat badan atau lebih berat badan (obesiti)
  • tidak fokus atau kurang tumpuan
  • sering selsema
2. Orang dewasa
  • ingin kulit cantik
  • menambah berat badan
  • masalah sembelit
  • tak suka makan pil
  • ibu hamil
  • ibu menyusu
Meal shakes bukan je sesuai untuk kanak-kanak, tapi orang dewasa pon boleh minum jugak. Meal shakes ni perasa french vanilla tau. Memang sedappp dan kanak-kanak memang suka minum ni.

Pagi-pagi boleh shake2 aje dan breakfast pon tadaaaa dah siap!! Senang, pantas, berkhasiat dan mengenyangkan... ^^

Sementara tengah promosi ni baik rembat beli Meal shakes ni. Berbaloi-baloi... Sebab apa? Sebab dengan pembelian promosi Meal shakes beli 3 percuma 1 ni, 10% dari hasil jualan untuk disalurkan ke 2000 keluarga kurang mampu selama setahun. Untung kan membeli sambil menderma? Dah laa korang dapat setin free, sambil tu dapat pahala jugak menderma. Untung untung untung!

Insyaallah kalau konsisten minum hari2, korang akan dapat rasa efek pada kulit jugak. Marvellous! Badan sihat, kulit pon cantik. Untung berganda-ganda! Sebab tu laa Meal shakes ni selalu sold out kat Shaklee. Ramai sangat orang suka. Tambah-tambah waktu promosi ni memang orang borong habis-habisan laa.. Artis cun melecun Rita Rudaini pon suka beli Meal shakes ni utk anak dia dan dh borong pun promosi ni.

Nak jugak?

Harga Meal shakes hanya RM113 sahaja!



Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.

Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225

Wechat nissa7


Instagram: nissa_vitaminshop

Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)




7 Sept 2014

SHAKLEE COLLAGEN POWDER - KANDUNGAN DAN KELEBIHAN

Assalamualaikum...

Kolagen? Memang kita semua biasa dengar. Dan selalu dikaitkan dengan kecantikan. Betul?

Tapi anda tahu apa itu kolagen?


Kolagen adalah struktur protein utama dalam tubuh badan yang membina lebih kurang 25-30% dari keseluruhan struktur protein dalam badan. Haaa banyak kan? Kolagen terdapat di tendon, ligament dan kulit. Selain itu ada terdapat di kornea, tulang, tulang rawan, salur darah, usus, tulang belakang dan dentin gigi.


So, dah jelas kan yang kolagen bukan hanya penting untuk kecantikan je tau!

Walaupun tubuh badan dapat menghasilkan kolagen sendiri, tapi semakin berusia kita, semakin kurang produktif kilang menghasilkan kolagen ni. Sebab tu laa biasanya orang berumur dah kulit berkedut, sakit2 sendi dan mata pun jadi kurang jelas.


Macam mana nak mengatasi semua ni?

Dengan pengambilan kolagen boleh membantu mengekalkan kadar kolagen dalam tubuh untuk fungsi badan yang lebih mantap.

Tapi macam mana nak pilih supplemen kolagen terbaik? Sekarang dah berlambak-lambak orang jual supplemen kolagen di pasaran. Yang murah ada, yang mahal pun ada. Macam2 jenama ada. Tapi bagi saya sendiri, memang Shaklee Collagen Powder (SCP) yang best.


Kenapa??

SCP diekstrak dari sisik ikan laut dalam. Dikatakan bahawa kolagen dari ikan laut dalam adalah sumber kolagen yang terbaik! Kerana struktur kolagennya mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih kecil, jadi mudah diserap oleh tubuh badan dan ia tahan lasak. Lagipun, status halalnya x perlu diragui.


Selain itu, kandungan kolagen dalam 1 sachet juga tinggi iaitu sebanyak 4000mg!

Bukan setakat kolagen je, SCP ni jugak turut digabungkan dengan 7 ramuan lagi..
  • Kolagen ikan - membekalkan elastin untuk mengekalkan kulit yang lebih anjal
  • Vitamin B2, B6 - bergabung dengan lemak, karbohidrat dan metabolisme protien untuk membekalkan tenaga yang penting di dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel-sel tubuh
  • Vitamin C - merangsang pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang akan merosakkan kulit
  • Ekstrak kulit kerang laut - kandungan Glukosamina berfungsi sebagai pelincir sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata
  • Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
  • Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi ekstrak asid oliek dan isoflavon, membekalkan nutrisi dan penghidratan
  • Ekstrak Pfaffia - meningkatkan prestasi tenaga, dan diguna secara tradisional untuk merawat keguguran rambut, hormon tak seimbang dan peningkatan tenaga batin.
SCP bukan sebarang supplemen kolagen tau. Shaklee dah buat klinikal studi tentang produk ini di mana hasilnya menunjukkan yang ia dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu iaitu lebih kurang 3-4 kotak (bergantung kepada tindak balas tubuh individu).


Kelebihan Shaklee Collagen Powder:
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Mengelakkan kulit kering
  • Mengurang dan mencerahkan pigmentasi dan jeragat
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Anti-penuaan
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengurangkan 'eyebag'
  • Baik untuk kesihatan kornea
  • Mengurangkan masalah sendi
  • Memberikan kesuburan rambut
  • Untuk kuku yang sihat
Best sangat kan SCP ni? Sebab tu laa memang laris di pasaran... Dan Shaklee pulak bermurah hati sangat2 bulan ni diorang bagi promosi utk SCP ni tau!

Beli 6 kotak SCP dapat PERCUMA lagi sekotak SCP. Rugi tau kalau x rebut peluang ni!


Banyak sangat 6 kotak? Jangan risau, kalau beli 3 kotak, anda masih layak utk tawaran hebat!



Cepat-cepat order sebelum promosi tamat!!

Macam mana nak order?

Boleh contact saya directly melalui SMS/Whatsapp 0162037225 atau Wechat nissa7
Haa senang je.... :)


Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.

Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225


Instagram: nissa_vitaminshop

Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)



5 Sept 2014

KENAPA RAHIM BENGKAK?

Kredit to:

Kenapa Rahim Bengkak?


Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok.

Basically,
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.
Take care of your health.
Wanita - Anda Istimewa
Luv,
Dr. Malinda