Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

22 Dec 2014

SUMBER-SUMBER VITAMIN C

Assalamualaikum...




Vitamin C ialah vitamin larut air yang penting untuk tubuh badan dan pertumbuhan yang normal. Oleh kerana ia larut air, ia mudah dibuang melalui air kencing. Jadi penting untuk anda mengambil Vitamin C secara berterusan setiap hari.

Antara sumber-sumber kaya Vitamin C ialah: 
- Buah-buahan sitrus seperti oren
- Strawberi
- Tomato
- Brokoli
- Ubi keledek
- Sayuran berdaun hijau gelap
- Betik
- Mangga
- Tembikai
- Kobis bunga
- Kobis
-Beri biru
- Raspberi
- Nanas









Kepentingan Vitamin C Kepada Kesihatan
- Membaiki sistem imun badan
- Mengurangkan selesema dan batuk dan membantu menghalang penumonia
- Membantu mengurangkan risiko strok sebanyak 42%
- Melambatkan kedutan kulit dan anti penuaan
- Membaik pulih masalah kulit kering
- Mengurangkan radang
- Mengurangkan risiko penyakit kanser
- Mengurangkan risiko penyakit jantung


Fungsi Vitamin C
- Bertindak sebagai anti bahan radikal bebas
- Membantu penghasilan kolagen
- Penting untuk pertumbuhan dan proses baik pulih tisu badan
- Membantu penyerapan iron
- Mengekalkan gigi, tulang dan sendi yang sihat
- Membantu proses penyembuhan luka


Berapa jumlah Vitamin C diperlukan?

Kebanyakan study menunjukkan kita memerlukan sekurangnya 500mg Vitamin C sehari untuk kesihatan yang optimum. Ianya bersamaan dengan sekurangnya 9 hidangan buah dan sayuran sehari!

Pilihan saya dah tentu laa Sustained Released Vita-C dari Shaklee. Kenapa?







SUSTAINED RELEASE VITA-C  PLUS (180 BIJI) 
- Mudah diambil dan memastikan tubuh mendapat vitamin C secara berterusan sepanjang hari
- Perlindungan daripada sinar uv 
- Mengurangkan kesan "sunburn" 
- Membantu prevent masalah jerawat degil 
- Tona kulit menjadi lebih sekata 
- Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka 
- Mencerahkan kulit secara semulajadi (bukan muka sahaja yer) 
- Membantu masalah kulit sensitif seperti resdung dan eczema 
- Mengatasi masalah jerawat nasi dan pasir 
- Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
- Membantu menghasilkan kolagen dlm badan
- Kulit lebih glowing dan radiant 


PROMOSI HUJUNG TAHUN!! Dapatkan dengan harga yang tersangat murah dari saya :)

Pengedar sah Shaklee anda
nissa 0162037225

Instagram: nissa_vitaminshop

*Terima kasih kerana singgah dan membeli dari saya. Anda akan mendapat full consultation secara percuma dengan setiap pembelian produk Shaklee dari saya

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

24 Apr 2014

SET MENGANDUNG SHAKLEE



Ibu mengandung memerlukan nutrient yang lebih berbanding wanita biasa untuk menampung keperluan badan sendiri dan juga untuk bayi di dalam kandungan. Oleh sebab itu, ibu mengandung perlukan supplemen tambahan untuk menampung keperluan vitamin dan mineral harian mereka.

Antara supplemen yang diperlukan adalah:

Asid folik : Badan memerlukan lebih daripada dua kali ganda asid folid semasa kehamilan yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan menghalang peningkatan kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) pada bayi. Kebanyakan profesional kesihatan menyarankan bahawa wanita “childbearing age” memerlukan 400 hingga 800 mcg setiap hari.


Vitamin B12 : Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan anemia dan kerosakan kepada sistem saraf yang tidak boleh diperbaiki. Ibu yang rendah tahap vitamin B12 adalah biasa dilihat di kalangan perokok dan menyumbang kepada kelahiran bayi rendah berat lahir dan kelahiran pra-matang. 

Vitamin B6 : Wanita yang telah mengambil pil perancang pada bulan-bulan sebelum kehamilan boleh meningkatkan risiko kekurangan vitamin B6. Suplemen Vitamin B6 dalam kadar 10 hingga 25 mg tiga kali setiap hari telah dilaporkan untuk membantu melegakan morning sickness.

Iron/Zat Besi : Risiko paling tinggi untuk kekurangan zat besi berlaku pada minggu-minggu terakhir kehamilan. Kebanyakan wanita hamil memerlukan suplemen zat besi semasa hamil, biasanya sekitar 45 mg setiap hari untuk mengelakkan kurang darah (anemia) sewaktu mengandung.

Kalsium : Penting untuk mengelakkan risiko pre-eclampsia (komplikasi yang serius yang melibatkan tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang) dan untuk keperluan tulang dan gigi ibu, mengelakkan ibu mengalami tulang rapuh (osteoporosis)dan gigi rapuh pada jangka masa panjang dan juga mengelakkan ibu mengalami kejang (cramp) sewaktu tidur. Wanita yang mengandung perlu mengambil kira-kira 1,500 mg kalsium setiap hari (jumlah dari makanan dan makanan tambahan).

Vitamin C : Membantu penyerapan iron dengan lebih baik dan juga untuk meningkatkan tahap imunisasi ibu. Jumlah yang disyorkan ialah 500 hingga 1,000 mg sehari.

Set mengandung Shaklee terdapat untuk ibu mengandung trimester pertama, dan untuk ibu mengandung trimester kedua dan ketiga.

Trimester Pertama

B- Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap termasuk asid folik. Jadi tidak perlu mengambil asid folic berasingan. Mengelakkan anemia, neural tube defect dan supaya ibu tidak cepat letih dan stress.

Vita-Lea with Iron : Vita-Lea adalah multivitamin dan mineral dilengkapi iron untuk pembentukan sel darah merah. Anda tidak pelu ambil Obimin lagi dan pelengkap untuk menampung vitamin yang kurang.

Vitamin C – Membantu penyerapan iron, meningkatkan antibodi badan, natural antihistamine dan sumber kolagen. Dapat mengurangkan kesan stretch mark.

OsteMatrix – Memberikan 1000mg kalsium yang diperlukan sehari. Setiap satu tab mengandungi 250mg Kalsium. Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk membentuk tulang yang kuat & gigi untuk bayi.

Trimester Kedua dan Ketiga

B- Complex – Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap termasuk asid folik. Jadi tidak perlu mengambil asid folic berasingan. Mengelakkan anemia, neural tube defect dan supaya ibu tidak cepat letih dan stress.

Vita-Lea with Iron – Vita-Lea adalah multivitamin dan mineral dilengkapi iron untuk pembentukan sel darah merah. Anda tidak pelu ambil Obimin lagi dan pelengkap untuk menampung vitamin yang kurang.

Vitamin C – Meningkatkan antibodi badan, natural antihistamine dan sumber kolagen. Dapat mengurangkan kesan stretch mark

OsteMatrix – Memberikan 1000mg kalsium yang diperlukan sehari. Setiap satu tab mengandungi 250mg Kalsium. Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari untuk membentuk tulang yang kuat & gigi untuk bayi.

Omega Guard – DHA dan EPA daripada Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Ia juga akan mengawal paras kolestrol dalam badan ibu hamil.

* ESP - Sebagai tambahan, ESP boleh diambil untuk membekalkan tenaga seharian kepada ibu supaya ibu lebih cergas, tidak mudah lesu dalam urusan seharian. Selain itu, membantu menjaga kulit dan mengurangkan kesan stretch mark.

Set kehamilan Shaklee bukan sahaja bermanfaat untuk ibu malah juga untuk bayi.

Harga Set Kehamilan Shaklee
Vita-lea                 RM88.75
Vitamin C             RM92.50
B complex            RM53.75
Ostematrix            RM61.00
Omega Guard       RM136.00
ESP                      RM150.00

Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.


Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225

Wechat nissa7


Instagram: nissa_vitaminshop
Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)

19 Apr 2014

PETUA DAN TIPS KULIT CANTIK



Semua orang pasti inginkan kulit yang sihat dan cantik. Tahukah anda tips untuk mengekalkan kesihatan kulit? Hari ini, saya nak share sedikit info tentang tips menjaga kesihatan kulit.


1.  Membersihkan kulit 
  • Mandi sekurangnya sekali sehari atau lebih kerap jika kuat berpeluh 
  • Guna air sejuk. Elakkan air panas atau suam kerana menyebabkan kulit kering
  • Cuci muka 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Kerap mencuci muka dengan sabun menyebabkan kulit lebih kering dan merangsang pengeluaran minyak berlebihan 
  • Pilih sabun yang bersesuaian dengan kulit terutama bagi individu dengan kulit sensitive 
  • Bersihkan kulit secara konsisten setiap hari 
  • Jangan lupa untuk mencuci mekap sebelum tidur  
2. Gunakan scrub secara teratur sekurangnya 2 kali seminggu.
  • Pori tersumbat akan menyebabkan kulit kusam, tidak ­dapat bernafas ­dengan baik dan mengurangkan kemampuan kulit untuk menyerap vitamin
  • Scrub secara teratur untuk membuang kotoran dan sel kulit mati ­dengan sempurna supaya kulit dapat menyerap ­vitamin dengan efisien dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru lebih cepat

3. Gunakan kosmetik yang bersesuaian

  • Pilih kosmetik bersesuaian yang dapat membantu untuk merawat kulit
  • Gunakan pelembap selepas mandi bagi kulit kering
  • Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
  • Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
  • Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan terutamanya yang berasaskan minyak

4. Amalkan pemakanan yang sihat

  • Kurangkan makanan berlemak dan berminyak
  • Banyakkan makan buahan dan sayuran
  • Amalkan pemakanan seimbang mengandungi protein, vitamin dan mineral
  • Kenal pasti makanan yang menyebabkan timbulnya jerawat atau masalah kulit yang lain kerana setiap individu adalah berbeza
  • Amalkan supplemen yang betul contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang terkenal sebagai anti oksida dan juga sebagai vitamin untuk kulit cantik

5.  Minum air putih sekurangnya 8 gelas sehari

  • Untuk menambah kelembapan kulit
  • Penting untuk mengekalkan hidrasi badan

 6. Senaman yang teratur

  • Melakukan senaman ringkas setiap hari bagi melancarkan pengaliran darah
  • Supaya perjalanan darah ke seluruh organ termasuklah kulit menjadi lancer untuk kesihatan kulit
 
    7. Rehat yang cukup

  • Amat penting supaya system tubuh badan berjalan dengan baik
  • Rehat yang kurang akan menyebabkan stress, badan lesu dan menyebabkan masalah jerawat dan lingkaran gelap bawah mata
  • Apabila badan bertenaga, secara tidak langsung anda akan tampil lebih ceria dan sihat

         8. Lindungi kulit daripada Matahari

  • Risiko untuk mendapat kanser kulit, penuaan pramatang dan juga kedutan
  • Jika mungkin, elakkan aktiviti di dalam panas terik
  • Sapu krim yang mengandungi SPF (ikut kesesuaian) jika anda sering terdedah kepada panas terik. *Kadar SPF yang tinggi mengandungi minyak lebih tinggi yang akan menyumbat pori kulit dan menghalangnya untuk bernafas. Perlu berhati-hati memilih pelindung sinar matahari kerana kadar SPF yang ting­gi ­kemungkinan tidak sesuai untuk jenis kulit anda*
  • Pakai topi atau payung

        9. Berhenti merokok

  • Rokok mengandungi banyak bahan kimia yang merbahaya bukan setakat pada kulit malah tubuh anda
  • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan menyebabkan kanser

   10. Jangan sentuh muka anda

  • Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh

   11. Jangan picit jerawat anda! 

  • Ia akan membuat jerawat bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut



Sudah ikut tips di atas? Jom amalkan supplemen untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

Vitamin C RRM92.50 (180tablet)
Vitamin E RM149.00 (120tablet)
B Complex RM53.75 (120tablet)


Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.


Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225

Wechat nissa7


Instagram: nissa_vitaminshop


Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)

17 Apr 2014

Set Kecantikan Kulit Shaklee ( Vitamin C, Vitamin E, B Complex, ESP)

SET KECANTIKAN KULIT



VITAMIN C
  • Membantu pembentukan kolagen seterusnya menganjalkan kulit dan membaiki sel kulit
  • Antioksida dan melindungi antioksida yang lain
  • Melambatkan proses kerosakan sel oleh bahan radikal yang menjadi punca masalah kulit kering, kedut dan garis penuaan
  • Mengurangkan allergi dan sekaligus mengurangkan jangkitan kulit dan jerawat
  • Dengan bioflavonoid yang meningkatkan proses penyerapan Vitamin C 

VITAMIN E
  • Sebagai anti oksida yang hebat dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan
  • Membantu meneutralkan bahan radikal bebas di dalam tubuh
  • Membantu memudarkan parut jerawat dan parut-parut lain
  • Sebagai agen anti penuaan dan sekaligus mengurangkan kedut dan garis-garis halus pada muka
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan sel-sel tidak normal

B COMPLEX
  • Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang saling melengkapi satu sama lain
  • Membantu mengurangkan stress yang selalu menjadi punca masalah jerawat
  • Mengurangkan allergi dan mengurangkan masalah jerawat

ENERGY SOY PROTEIN (ESP)
  • Sebagai sumber protein yang penting dalam pembentukan sel yang sihat, sekaligus menghasilkan sel kulit yang sihat dan kulit kelihatan lebih cantik dengan menggantikan sel kulit mati dan membaiki struktur sel kulit
  • Sumber protein non-GMO (genetically modified organism) dari soya yang lengkap dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan secara de novo oleh tubuh
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih cepat
  • Sangat digalakkan diambil bersama set kecantikan kulit

Vitamin C    RM92.50 (180tablet - 6bulan)
Vitamin E    RM149.00 (120tablet - 4bulan)         HARGA SET KECANTIKAN KULIT
B Complex  RM53.75 (120tablet - 4bulan)                                               RM445.25
ESP            RM150 (850gram - 1 hingga 1bulan setengah)


Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.



Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834
SMS/Whatsapp 0162037225

Wechat nissa7


Instagram: nissa_vitaminshop

Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)

Kebaikan dan Keistimewaan Sustained ReleaseVitamin C 500mg Shaklee

Apa itu Vitamin C?



Vitamin C ialah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah, tidak aktif dan sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan skurvi di mana gusi boleh berdarah dan menyebabkan jangkitan mulut.

Kenapa badan kita perlukan Vitamin C?
  • Membantu dalam proses pembentukan kolagen untuk gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
  • Mengekalkan sistem imunisasi badan yang kuat. Individu yang selalu jatuh sakit sangat sesuai mengamalkan Vitamin C.
  • Tubuh kita terdedah dengan pelbagai radiasi dan radikal berbahaya setiap hari. Vitamin C bertindak sebagai anti oksida yang melindungi tubuh kita dari radiasi dan radikal yang merbahaya.
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
  • Sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
  • Mengurangkan alergi dan alahan dan juga mengawal simptom asthma dan ekzema
  • Membantu mengatasi stress dengan membantu mengawal paras hormon
  • Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan terdedah pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
  • Menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
  • Sebagai bahan detoksifikasi dan melindungi buah pinggang. Sesuai untuk perokok atau yang kerap terdedah kepada asap rokok kerana ia membantu membersihkan darah dari bahan toksik dan secara tidak langsung melindungi buah pinggang dari rosak

Kenapa perlu mengambil supplemen Vitamin C?

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan, dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Kita digalakkan mengambil 500mg Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren setiap hari untuk memenuhi keperluan seharian kita. Jadi, anda tak perlu bersusah untuk makan 7 biji oren setiap hari dengan hanya 1 tablet vitamin C shaklee.


Perbezaan Sustained Release Vita-C Shaklee ialah kebolehannya bertindak dengan melepaskan vitamin secara perlahan2 di dalam tubuh anda. Dengan ini, tubuh anda akan sentiasa mendapat sumber vitamin C untuk sepanjang hari.

Selain itu, ia turut mengandungi Bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik. Ianya juga adalah 100% semulajadi dan selamat untuk diamalkan.

Harga sebotol ialah RM92.50 untuk 180 biji (tahan ~6bulan)

Mahukan harga yang lebih murah? Daftarkan keahlian anda dengan hanya RM75 untuk seumur hidup dan anda boleh menikmati harga ahli dan tawaran2 istimewa Shaklee.

Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk-produk Shaklee dan proses pendaftaran ahli.


Nissa

Shaklee Independent Distributor
ID No. 888834

SMS/Whatsapp 0162037225

Wechat nissa7


Instagram: nissa_vitaminshop

Anda akan diberi panduan dan bimbingan PERCUMA dengan setiap pembelian produk. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda untuk pendaftaran.

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca :)